Cara Nak Mula Berniaga Tudung

Ramai yang tanya sis cara nak mula berniaga tudung. Ramai yang ingat berniaga tudung itu mudah. Ramai yang mula berniaga tudung dengan terus membuat jenama tudung sendiri dan mengeluarkan puluhan ribu ringgit untuk berniaga tudung. Tetapi ramai juga yang terlingkup kerana tudung-tudung mereka tidak terjual disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya tudung tak berkualiti, design tudung tak cantik, jahitan tepi tak kemas, warna tudung tak menarik, marketing yang kurang berkesan dan banyak lagi cabaran2 yang mendatang.

Untuk berniaga tudung, kita perlu test market dahulu. Cuba join dropship dahulu. Belajar cara-cara nak jual tudung dengan berkesan.

Setidak-tidak pun, cuba jadi agent dulu tapi jangan ambil banyak. Ada agent-agent kami yang ambil seminggu 10 helai tudung. kami bagi komisyen 20%. Kalau tak laku boleh tukar dengan design lain.

Ada seorang agent kami ni, dia keje cikgu sekolah. setiap minggu ambil 10 helai tudung. Dia bawak pergi sekolah dan campak je atas meja. Kawan-kawan cikgu berebut nak beli tudung. habis 10 helai tudung tu. kalau tak habis, dia tukar dengan design baru. minggu depan ambik lagi 10 helai. Tu pun boleh buat side income RM800 sebulan.

Jangan terburu-buru nak buat jenama sendiri sebab ramai yang kami lihat sendiri terlingkup. Mula kecil-kecilan dan dah pandai berniaga baru besarkan.

Nak berniaga tudung ni, kita kena pandai pilih tukang jahit pukal. Kena pandai pilih design. Kena pandai pilih jenis tudung yang laku. Kena pandai marketing dan banyak lagi.

Kami cadangkan kalau nak mula berniaga tudung tu, mulakanlah dengan dropship. Kalau dah ok baru mula buat tudung jenama sendiri.

Kami juga ada kilang printing tudung di Bangi Sentral. Boleh whatsapp kami wasap.my/60168588843 kalau nak belajar cara-cara nak berniaga tudung. Kami akan kongsi pengalaman kami k. Harap maju jaya dengan berniaga tudung. Mulakan dengan dropship.

Kod Warna

Assalamualaikum sis lovelies sekalian!!

Kadang-kadang kita selalu keliru kod warna tudung atau baju yang kita guna? Ada orang cakap merah, ada yang cakap warna cherry la , pink belacan la, eeee pening kepala.

Jangan risau sis lovelies semua, hari ini kami kongsikan kod-kod warna yang terdapat di muka bumi yang indah ini. Tapi sis lovelies kena faham ye, tak semua tempat menggunakan kod warna yang sama.

Seperti di Butik TudungStore yang mempunyai hampir 50 brand tudung yang lawa-lawa ni pon, kod warna kami berbeza mengikut jenis brand yang vendor kami sudah tetapkan. Ada yang menggunakan kod warna biasa, ada yang guna kod warna seperti di bawah ini dan yang guna kod warna mengikut jenis makanan pon ada tau !

So, sebagai guide line untuk sesiapa yang keliru nak cari tudung ke baju kenduri tu.. ni la kod warna yang boleh anda gunakan ye ! Kalau orang kedai tu tak tahu.. senang-senang tunjuk je gambar kod warna ni, kalau mereka tak tahu juga.. bawak terus baju korang tu lagi senang nak matching! ha gittewwww.

Okey so ini sahaja sharing post untuk kali ini. Next time, InsyaAllah kami post matching-matching colour yang bersesuaian pulak ye!

InsyaAllah.

Thank you sudi baca post ini !

Kenapa Akak Suka Shopping Kat Butik TudungStore?

Soalan yang selalu kami tanya regular customer yang selalu datang beli tudung kat Butik TudungStore Bangi Sentral kami. Best sangat sebab semua customer kami sangat friendly dan enjoy shopping tudung di Butik Bangi Sentral kami. Seronok dapat puaskan hati customer dan seronok bila tengok customer happy.

Antara jawapan kepada soalan yang cepumas ni adalah sebab TudungStore ni ada banyak brand tudung yang cantik-cantik. Ada juga yang bagitau senang shopping tudung kat sini sebab semua jenis tudung ada sampai rambang mata. Ada akak sorang ni pulak cakap shopping kat sini macam shopping kat 50 butik sebab ada 50 brand tudung yang best.

Kami di TudungStore kalau boleh memang nak banyakkan lagi pilihan tudung dan nak tarik ramai lagi brand tudung yang cantik-cantik untuk join butik kami. In Syaa Allah bulan depan ada ramai lagi brand tudung yang akan join kami k. Semua yang cantik-cantik je dan berkualiti tinggi. Kalau ada brand yang cantik-cantik tapi belum join kami, sis bagitau je kami. Kami cuba approach mereka untuk join kami di website dan di Butik Bangi Sentral kami.

Perancangan kami adalah untuk TudungStore jadi butik Tudung yang ada semua jenis tudung, semua jenis aksesori tudung dan boleh custom made tudung ikut design sendiri. Buat masa ni, yang terbaru, sis lovelies semua boleh pilih design diamond untuk tampal di tudung. Ramai juga yang minta untuk letak diamond tabur. Kami bagi servis percuma untuk tampal diamond k. Design-design diamond yang ready made kat Butik pun banyak dan harga murah-murah je sis bagi. Satu design RM5 je dan tampal percuma.

Harapan kami satu hari nanti, TudungStore akan jadi One Stop Centre untuk Tudung cantik-cantik. Cakap je nak design macamana semua ada kat Butik TudungStore. In Syaa Allah.

Butik dan Website Berwajah Baru

Tq sis lovelies yang dah support kami selama 8 tahun ni. Kami sangat hargai sokongan sis lovelies semua. So, kami dah upgrade butik dan website untuk sis lovelies rasai pengalaman shopping yang lebih mudah dan exclusive k. Ramai lagi yang belum datang butik kami kan? OK. Dalam butik Bangi Sentral kami ada 50 brand tudung cantik2 dari Malaysia dan Indonesia. Kami kumpulkan tudung cantik-cantik dalam satu butik dan dalam satu website supaya sis lovelies senang nak shopping tudung. Tak perlu letih-letih jalan sampai 50 butik sebab Dalam butik kami ada 50 brand tudung best-best k.

Bila shopping kat butik TudungStore Bangi Sentral kami ni, rasa best sebab macam private shopping gitew kan. Layanan istimewa dari staf kami.

Ada banyak sale akhir tahun sekarang ni di butik kami. So jangan lupa singgah butik kami atau boleh juga shopping di website kami. Jom shopping di website kami

Tips Penjagaan Tudung Menggunakan NIQA

Set lengkap penjagaan tudung anda menggunakan produk NIQA.

Setiap wanita pernah menghadapi masalah dalam penjagaan tudung seperti kesan kotoran yang sukar ditanggalkan, warna tudung menjadi pudar, kesukaran untuk membentukkan tudung dan lain – lain. Selain itu, bagi sesetengah wanita yang mementingkan penjagaan dan penyimpanan tudung kerana bagi mereka tudung yang dibeli dengan harga yang mahal boleh rosak jika tidak dijaga dengan baik. Jom beli Niqa Hijab Wash dan Niqa Awning Starch di sini.

Masalah ini benar – benar akan membuatkan wanita yang berhijab akan merasa tertekan. Bagi membantu wanita berhijab mengatasi masalah kerosakkan pada tudung mereka, NIQAHQ telah menggeluarkan produk penjagaan tudung seperti Hijab Wash, Instant Stain Remover dan Awning Starch bagi memastikan tudung sentiasa kelihatan cantik dan kemas.

NIQA HIJAB WASH

  • Membersihkan kesan minyak muka, kesan peluh & kesan foundation yang melekat pada tudung.
  • Semudah RENDAM, BILAS & SIDAI.
  • Menjaga kualiti fabrik & hiasan pada fabrik.
  • Memelihara dan mengekalkan warna fabrik.
  • Dengan pati pelembut bagi memudahkan gosokan dan mengurangkan kedutan.
  • Dengan ekstrak perfume bagi mengekalkan bau wangi sepanjang hari.
  • Selamat digunakan dgn tangan ( pH : 7 ).

NIQA INSTANT STAIN REMOVER

  • Membersihkan kesan kotoran yang terkena pada tudung dan fabrik secara serta merta.
  • Semudah SEMBUR, GOSOK & LAP.
  • Berkesan meninggalkan kotoran seperti :
    Kesan kicap, kesan kari, kesan sambal, kesan pen, kesan minyak hitam, kesan darah dan banyak lagi!
  • Saiz yang kecil dan mudah di bawa di dalam handbag.

NIQA HIJAB AWNING STARCH

  • Membantu membentuk awning tudung supaya terletak kemas sepanjang hari.
  • Semudah SEMBUR & GOSOK.
  • Terbentuk kemas & flowy (tidak keras kejung).
  • Tidak meninggalkan kesan tompok dan kesan bercapuk (habuk putih).